Tuesday, March 15, 2022

 Assalamualaikum...

Dah bersawang blog ini.

Ok kita aktifkan semula dengan aktiviti Kelab Komputer Sesi 2: 2021/2022.


Minggu ni dah minggu kedua.


Aktiviti M1 minggu lepas ialah aktiviti berkumpulan di mana pelajar dipecahkan kepada 4 kumpulan dengan tiap kumpulan ada 5 ahli. Pelajar melaukukan aktiviti kumpulan seperti berkenalan antara satu sama lain, mencari nama kumpulan yang sesuai, melukis logo, motto, visi dan misi kumpulan. Nak present hasil kerja tak sempat lah minggu lepas, kita present hari inilah.


Tunggu yer!




oh lupa! Kelas  secara online ya!


Bawah ni draf logo kumpulan masing-masing. Nanti lepas ni lukis berkomputer. 











Monday, August 6, 2018

Minggu Ke-5

Assalamualaikum... Hai... Maaf lambat update blog kelab ni..

Mingg lepas minggu kelima...Pada sesi pagi mereka siapkan video pelaporan Lawatan ke USTM tu..Nak tengok hasilnya? Boleh klik link blog mereka semua. Pandai-pandai semuanya buat video masing-masing.

Sesi petang pula suatu meeting telah diadakan untuk membincangkan tentang program CSR pada awal September nanti.

Dah selesai meeting, siapkan minit kumpulan masing-masing yer. Nak tau lebih lanjut lawat blog mereka. boleh bagi komen yang membina tau...

Okaylah. Jumpa esok.

Esok nak buat apa yer?


Hmmmm....ebook? Flyers? (Harap2 ada mereka yang baca awal blog ni, biar mereka tau kita nak buat apa esok! Sebenarnya habis kelas jer minggu lepas dah ada yang wasap tanya aktiviti untuk minggu ini. Bagus!Bagus!)

Tunggu update lah. K Baiiii...

Tuesday, July 24, 2018

Minggu Kedua Kelas

Assalamualaikum..hai jumpa lagi...

Hari ni minggu kedua kelas Kelab Komputer JSKK PKB. Kelas ko ni kita bagi santai-santai jer...Aktiviti pun banyak..kita bagi pelajar je yang bercakap.

Aktiviti yang pertama hari ini, pelantikan ajk. Untuk melancarkan aktiviti ini, pengerusi dan setiausaha sementara telah dilantik. Terima kasih Baqir dan Atikah. Merekalah yang conduct aktiviti ni. Hmmmm bagus, semua memberi kerjasama dan pelantikan ini berjalan lancar dan tak ambil masa yang lama pun.

Dah ada ajk barulah boleh buat meeting kan. Meeting Kelab Komputer JSKK PKB Bil.1/Sesi Jun 2018 telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Antara agenda meeting tersebut ialah perancangan aktiviti pada semester ini. Mereka telah bersetuju untuk mengadakan lawatan, program CSR dan pertandingan berasaskan komputer. Kita tunggu yerrr...

Sesi petang pula masa untuk mengarang. Puan punyalah mengantuk menunggu mereka menyiapkan minit mesyuarat mengikut templet yang telah disediakan. Sambil menunggu dapatlah puan update blog ni. Selesai tulis minit, kita buat aktiviti kumpulan pula..buat research tentang PENGENALAN KOMPUTER iaitu latar belakang komputer, penggunaan komputer dan internet serta komponen utama komputer untuk present kelas minggu depan pula. Kita tengok nanti dapatan mereka. Kita papar dekat blog ni.

MINGGU KE-3 KELAB KOMPUTER JSKK

Minggu lepas kelas berlangsung di perpustakaan. Ambil angin luar dari lab sikit. Pelajar ke library buat aktiviti kumpulan di sana. Cari bahan untuk sediakan proposal Kelab Komputer pada semester ini. Kalau ikut permintaan ada sekolah yang memerlukan khidmat mengajar murid-murid mereka tentang pengetahuan asas komputer. Jadi kita on dengan program CSR tersebut nyer di samping lain-lain aktivit seperti lawatan dan pertandingan.

Okay, nanti petang kita update aktiviti minggu ini iaitu meinggu ke-4. Aktiviti apa ye?

Tuesday, July 10, 2018

Assalamualaikum,
Hai…..Minggu lepas 4 Julai dah mula kelas Kelab Komputer JSKK PKB. Student boleh tahan ramainya, 35 orang jer. Dah lama tak pegang kelab ni.
So, aktiviti pertama hari ni ialah berkenalan, round the class la kan dulu.
Aktiviti kedua, pecahkan kepada 5 kumpulan kecil. Duduk dalam kumpulan masing-masing dan kenal-kenallah lebih dekat lagi. Sebab lepas ni korang akan bekerjasama sampai akhir sem ni okay!


Dah kenal tu, bincang nama kumpulan korang, lukis logo kumpulan yang bersesuaian dengan nama kumpulan korang dan juga moto kumpulan masing-masing. Dah siap bincang..haaa tunjuk skill masing-masing. Sila transfer ke atas slide komputer…atas satu page sahaja tau! Ikut kreativiti masing-masing. Dah siap kena present pula yer!

Jumpa next class.