Tuesday, July 24, 2018

Minggu Kedua Kelas

Assalamualaikum..hai jumpa lagi...

Hari ni minggu kedua kelas Kelab Komputer JSKK PKB. Kelas ko ni kita bagi santai-santai jer...Aktiviti pun banyak..kita bagi pelajar je yang bercakap.

Aktiviti yang pertama hari ini, pelantikan ajk. Untuk melancarkan aktiviti ini, pengerusi dan setiausaha sementara telah dilantik. Terima kasih Baqir dan Atikah. Merekalah yang conduct aktiviti ni. Hmmmm bagus, semua memberi kerjasama dan pelantikan ini berjalan lancar dan tak ambil masa yang lama pun.

Dah ada ajk barulah boleh buat meeting kan. Meeting Kelab Komputer JSKK PKB Bil.1/Sesi Jun 2018 telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Antara agenda meeting tersebut ialah perancangan aktiviti pada semester ini. Mereka telah bersetuju untuk mengadakan lawatan, program CSR dan pertandingan berasaskan komputer. Kita tunggu yerrr...

Sesi petang pula masa untuk mengarang. Puan punyalah mengantuk menunggu mereka menyiapkan minit mesyuarat mengikut templet yang telah disediakan. Sambil menunggu dapatlah puan update blog ni. Selesai tulis minit, kita buat aktiviti kumpulan pula..buat research tentang PENGENALAN KOMPUTER iaitu latar belakang komputer, penggunaan komputer dan internet serta komponen utama komputer untuk present kelas minggu depan pula. Kita tengok nanti dapatan mereka. Kita papar dekat blog ni.

No comments:

Post a Comment