Tuesday, July 10, 2018

Assalamualaikum,
Hai…..Minggu lepas 4 Julai dah mula kelas Kelab Komputer JSKK PKB. Student boleh tahan ramainya, 35 orang jer. Dah lama tak pegang kelab ni.
So, aktiviti pertama hari ni ialah berkenalan, round the class la kan dulu.
Aktiviti kedua, pecahkan kepada 5 kumpulan kecil. Duduk dalam kumpulan masing-masing dan kenal-kenallah lebih dekat lagi. Sebab lepas ni korang akan bekerjasama sampai akhir sem ni okay!


Dah kenal tu, bincang nama kumpulan korang, lukis logo kumpulan yang bersesuaian dengan nama kumpulan korang dan juga moto kumpulan masing-masing. Dah siap bincang..haaa tunjuk skill masing-masing. Sila transfer ke atas slide komputer…atas satu page sahaja tau! Ikut kreativiti masing-masing. Dah siap kena present pula yer!

Jumpa next class.

12 comments: