Tuesday, July 24, 2018

Minggu Kedua Kelas

Assalamualaikum..hai jumpa lagi...

Hari ni minggu kedua kelas Kelab Komputer JSKK PKB. Kelas ko ni kita bagi santai-santai jer...Aktiviti pun banyak..kita bagi pelajar je yang bercakap.

Aktiviti yang pertama hari ini, pelantikan ajk. Untuk melancarkan aktiviti ini, pengerusi dan setiausaha sementara telah dilantik. Terima kasih Baqir dan Atikah. Merekalah yang conduct aktiviti ni. Hmmmm bagus, semua memberi kerjasama dan pelantikan ini berjalan lancar dan tak ambil masa yang lama pun.

Dah ada ajk barulah boleh buat meeting kan. Meeting Kelab Komputer JSKK PKB Bil.1/Sesi Jun 2018 telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Antara agenda meeting tersebut ialah perancangan aktiviti pada semester ini. Mereka telah bersetuju untuk mengadakan lawatan, program CSR dan pertandingan berasaskan komputer. Kita tunggu yerrr...

Sesi petang pula masa untuk mengarang. Puan punyalah mengantuk menunggu mereka menyiapkan minit mesyuarat mengikut templet yang telah disediakan. Sambil menunggu dapatlah puan update blog ni. Selesai tulis minit, kita buat aktiviti kumpulan pula..buat research tentang PENGENALAN KOMPUTER iaitu latar belakang komputer, penggunaan komputer dan internet serta komponen utama komputer untuk present kelas minggu depan pula. Kita tengok nanti dapatan mereka. Kita papar dekat blog ni.

MINGGU KE-3 KELAB KOMPUTER JSKK

Minggu lepas kelas berlangsung di perpustakaan. Ambil angin luar dari lab sikit. Pelajar ke library buat aktiviti kumpulan di sana. Cari bahan untuk sediakan proposal Kelab Komputer pada semester ini. Kalau ikut permintaan ada sekolah yang memerlukan khidmat mengajar murid-murid mereka tentang pengetahuan asas komputer. Jadi kita on dengan program CSR tersebut nyer di samping lain-lain aktivit seperti lawatan dan pertandingan.

Okay, nanti petang kita update aktiviti minggu ini iaitu meinggu ke-4. Aktiviti apa ye?

Tuesday, July 10, 2018

Assalamualaikum,
Hai…..Minggu lepas 4 Julai dah mula kelas Kelab Komputer JSKK PKB. Student boleh tahan ramainya, 35 orang jer. Dah lama tak pegang kelab ni.
So, aktiviti pertama hari ni ialah berkenalan, round the class la kan dulu.
Aktiviti kedua, pecahkan kepada 5 kumpulan kecil. Duduk dalam kumpulan masing-masing dan kenal-kenallah lebih dekat lagi. Sebab lepas ni korang akan bekerjasama sampai akhir sem ni okay!


Dah kenal tu, bincang nama kumpulan korang, lukis logo kumpulan yang bersesuaian dengan nama kumpulan korang dan juga moto kumpulan masing-masing. Dah siap bincang..haaa tunjuk skill masing-masing. Sila transfer ke atas slide komputer…atas satu page sahaja tau! Ikut kreativiti masing-masing. Dah siap kena present pula yer!

Jumpa next class.